Tuesday, May 25, 2010

MTM MANAGEMENT & CONSULTANCY


MTM management & consultancy
adalah sebuah syarikat yang mengendalikan program motivasi dan pembentukkan modal insan telah ditubuhkan pada 1hb. Jan 2010. Syarikat ini ditubuhkan untuk membantu organisasi seperti sekolah, institusi pengajian tinggi dan korporat dalam aspek motivasi, pembentukkan modal insan dan menggenal pasti potensi diri untuk menjadi insan yang cemerlang dari segi mental dan fizikal.

FALSAFAH

Kami berkayakinan bahawa setiap diri manusia itu mempunyai kebolehan yang tersendiri dan kebolehan itu dapat digunakan secara optimum sekiranya menggunakan kaedah betul. Oleh itu, kebolehan dan potensi yang wujud dalam diri seseorang itu dapat diaplikasikan.


VISI


Untuk menjadi perunding motivasi dan latihan pembangunan insan yang utama serta mengembangkan konsep Pengukuhan Personaliti & Hubungan Insan dengan mengunakan kaedah-kaedah tertentu yang bersesuaian dengan peringkat umur, keadaan dan pekerjaan seseorang itu.

MISI


Untuk membangunkan dan membentuk kebolehan serta potensi diri dengan kaedah secara praktikal dan teori.


TENAGA PENGERAK

1. Muhammad Asyraf Bin Che Amat
Dip Of Human Development (UPM)

Bacelor Education (Guidance And Counselling) (UPM)

Master of Science (Guidance And Counselling) (UPM)


Pengalaman: 10 tahun


2.Mohd Izuan Effendi Bin Halmi

Bacelor of science (Hons)-Biochemistry


Pengalaman: 4 tahun





PROFILE FASILITATOR



Muhammad Asyraf Bin Che Amat

Muhammad Asyraf bin Che Amat mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Ipoh, Tanah Merah dan Sek. Keb. Dewan Besar, Machang, Kelantan. Seterusnya beliau mendapat pendidikan menengah di Maahad Ahmadi Tanah Merah (peralihan-tingkatan 2) dan Maahad Muhammadi Syamsul Maarif (L), Machang, Kelantan (tingkatan 3-tingkatan 5). Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Universiti Putra Malaysia, Serdang dalam bidang Pembangunan Manusia (2002-2004) dan Bachelor dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (2005-2009) di universiti yang sama . Sepanjang pengajian di UPM, beliau sangat aktif di dalam aktiviti pelajar. Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Keenam, Presiden Kelab Debat Bahasa Melayu UPM dan Timbalan Yang Dipertua Kelab Penyayang UPM. Berkat kesungguhan beliau telah telah dianugerahkan beberapa anugerah antaranya Anugerah Naib Canselor, Anugerah Mutiara Gemilang dan Anugerah Jasa Utama, Kolej Keenam UPM. Beliau juga turut dianugerahkan sebagai pelajar keseluruhan terbaik program peringkat fakulti tahun 2009. Mempunyai pengalaman bekerja di Arabic Resources Centre Sdn. Bhd. dan juga ketua fasilitator di One Step Consultant Sdn. Bhd. Beliau mempunyai pengalaman lebih kurang 9 tahun di dalam latihan dan pernah mengendalikan program-program motivasi sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, ipta/ipts, belia dan juga korporat. Bidang kepakaran beliau ialah Bimbingan dan Kaunseling.


GALERI PROGRAM

BELIA DAN PELAJAR







KORPORAT











VIDEO PROGRAM






Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami boleh emailkan:

mtmconsultancy@yahoo.com

atau hubungi

Muhammad Asyraf Bin Che Amat
017-9551905

Mohd Izuan Effendi B. Halmi
019-3639619